Tuesday, July 30, 2013

Ragam Kekasih Rasullulah S.A.W :)

Bismillahirahmanirahim..
saje nak story tentang kekasih nabi iaitu Kucing..
aku start bela kucing since form 5 lagi..
tu puwn banyak sgt keturunan dah..
n yang latest nie ade 2 ekor..
sekor jantan dan sekor lagi betina..
Lily dan Boss!!
tgk jela ragam diorang yang sangat2 mencuit hati dan buatkan kte rase sangat tenang dan gembira..

kita blajar dia puwn nak blaja tp tutup mata la..

kat celah sofa puwn die bleh lepak..

nie tidow dalam iman..
orang nak bce doa die sibuk duk atas riba smpai tertido..

tidow puwn nak pelok bantal jugakk..

pabila si betina tidow kuak lentang..

soo dah jelas sangat2 cmane xsayang dorang nie..
gambar2 puwn bleh uat kita rse happy sesangat..
so kepada penggemar kucing jagalah dorang sebaek2nya..
dan kepada bukan penggemar pula janganlah disepak dipukul mereka..
mereka macam kita perlukan kasih sayang, makan untuk hidup..
dorang xminta puwn roti john, ayam percik, daging masak kicap..
dorang just nak sisa makanan kita jeh..
so bila korang pergi kedai makan ade sisa2 ayam,udang,daging or pape jelah yang bleh dimakan..
ape salahnya bagi dorang makan..
dapat jugak pahala..

23 Tahun~

Assalamualaikum,,
masalah yang tidak pernah selesai dan xkan pernah selesai..
selama 23 tahun aku dan keluarga ku lalui..
minta keluargaku dijauhkan sikap hasad dengki, ego, dendam dan semua perkara yang boleh memecahkan hubungan kami..
tanamkan sifat kasih sayang, tolak ansur di hati kami,
Amin Amin Ya Rabbal Alamin..

p/s: mcm mane jahat puwn die,die tetap orang yang melahirkan dan membesarkan kita.

Syiah yang menyesatkan!!

Bismillahirahmanirahim,,
sekarang banyak di media semasa yang menceritakan tentang golongan syiah..
golongan yang menyesatkan..
kat sini aku nak kongsi serba sedikit tentang golongan nie..
harap kamu semua dijauhi daripada golongan ini..
dan banyakkan berdoa supaya dikuatkan iman kita..
 kerana doa itu adalah senjata utama kita selain daripada solat..
Aminn~


Mula-mula sekali sebelum kita hendak mengenali orang yang menganut fahaman syiah ini, kita perlu mengenali apa itu syiah. Syiah di atas dunia mempunyai tiga kecenderungan yang besar. Mereka terpecah kepada banyak kelompok tetapi majoritinya adalah tiga kelompok besar seperti berikut.
Kelompok pertama dipanggil syiah mufaddholah (puji kelebihan), iaitu yang cenderung memuliakan ahlul bait (kaum keluarga Nabi). Mereka akan banyak bercakap tentang kemuliaan ahli keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, Husain, dan lain-lain tetapi mereka tidak mengkafirkan sahabat Nabi. Mereka mengiktiraf Abu Bakar, Umar, Utsman sebagai khalifah, tetapi bagi mereka Ali tetap lebih mulia dengan tema atau slogan mereka, jawaazu-imaamatil-faadhil-ma’a-wujuudil-afdhal(harus menjadi imam orang yang baik dengan kebersamaan wujudnya orang yang lebih baik). Bererti Abu Bakar, Umar dan Utsman diharuskan menjadi khalifah walaupun (menurut pegangan mereka) Ali lebih baik daripada mereka semua. Mereka terkenal dengan nama Syiah Zaidiyyah, kebanyakannya di Yaman.
Kecenderungan kedua merupakan kelompok syiah majoriti di dunia ini iaitu Syiah Rafidhah. Rafidhah berasal daripada perkataan Ar-Rafdhu (tolak). Mereka digelar sebagai Rafdhu atau Rafidhah kerana mereka tidak mengiktiraf bahkan mengkafirkan dan melaknat sahabat dan isteri Nabi SAW seperti Abu Bakar, Umar, Utsman, Abu Hurairah, Muawiyah ibn Abi Sufyan, Aisyah, keturunan Muawiyah dan keturunan Umar keseluruhannya. Apa sahaja yang datang daripada kesemua sahabat yang mereka laknati tidak boleh diterima dan harus ditolak menurut mereka.
Mereka adalah majoriti yang datang dengan pelbagai nama pada hari ini, antaranya;Imamiyah Itsna Asyariyah (Imam 12), Ja’fariyah (ada di Gombak, Kedah, Perak, juga berakar dalam parti politik tertentu). Ini bahaya dan tidak boleh dianggap remeh kerana mereka mempunyai agenda.
Akidah mereka berbeza dengan akidah Ahlus sunnah. Kalau kita setakat berbeza fahaman parti politik, tetapi perbezaan dengan syiah ini lain. Mereka mengkafirkan sahabat Nabi bertujuan untuk meragukan sumber agama kita. Idea mengumpul Al Quran datangnya dari Umar, dan Abu Bakar mengarah Umar mencari penulis wahyu lalu Umar memilih Zaid ibn Tsabit dan mereka menulis Al Quran. Apabila syiah mengkafirkan sahabat maka Al Quran yang ada pada hari ini dianggap tidak boleh dipakai.
Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura). Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah. Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka.
Lihatlah sambutan Asyura yang setiap tahun mereka raikan, mereka melaknati Abu Bakar, Umar, dan sahabat Nabi yang lain. Baru-baru ini saya ke Oman bersama sahabat saya, kami memasuki sebuah masjid syiah. Di Oman ada 10-15% penganut agama syiah imam 12. Saya masuk ke dalam masjid mereka dan di situ ada batu-batu karbala iaitu tanah yang dimampatkan menjadi batu dan mereka sujud di atas tanah itu ketika solat kerana menganggap suci tanah tersebut.
Kemudian saya masuk ke dalam lagi dan pergi ke rak buku, saya mengambil satu buku kecil bertajuk Ziarah Asyura (Lawatan Hari Asyura). Saya membuka dan membacanya, di dalamnya terdapat doa-doa laknat ke atas sahabat Nabi beserta tatacara dan kaedah membaca doa-doa tersebut. Adapun tuntutan Nabi SAW ke atas kita pada hari asyura adalah dengan berpuasa, sedangkan mereka pada hari itu mencederakan diri dan mendoakan laknat ke atas sahabat Nabi kerana bagi mereka hari tersebut adalah hari kematian Husain.
Kepercayaan mereka berbeza dengan ahlus sunnah. Imam Mahdi mereka tidak sama dengan Imam Mahdi ahlus sunnah. Imam Mahdi menurut mereka adalah Imam mereka yang terakhir dan menunggu di dalam Gua Sardab. Imam Mahdi kita yang Nabi SAW beritakan ada ciri-cirinya berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW, tetapi mereka menolak kesemua hadis-hadis tersebut kerana diriwayatkan oleh para sahabat.
Mereka menolak Sahih Bukhari, Sahih Muslim. Imam Bukhari mati di dalam buangan kerana dituduh oleh puak syiah sebagai Nashibi (pembenci ahli keluarga Nabi). Jadi perkara ini tidak boleh dibuat main, mereka menimbulkan syubhat dalam pemikiran kita. Ini adalah majoriti syiah yang sedang bertebaran di atas muka bumi pada hari ini.
Syiah yang ketiga, dan ini yang paling pelik. Mereka minoriti tetapi bergerak aktif di sebelah Syria, sempadan Jordan. Mereka juga terdapat di Lubnan. Syiah yang berkecenderungan kepada Bathiniyah (simbolik dan tiada amalan). Mereka menganggap ibadah seperti solat, haji, dan lain-lain hanya simbolik semata-mata. Bahkan pelampau mereka beriktikad malaikat Jibril tersalah menyampaikan wahyu kepada Muhammad, sepatutnya wahyu disampaikan kepada Ali bin Abi Thalib.
Akidah begini merupakan akidah yang membatalkan keislaman seseorang. Mereka datang dengan banyak nama, antaranya; syiah Nushairiyah seperti Bashar Al-Asad di Syria – mereka menyembah gambarnya kerana telah mengangkat imam mereka setaraf Tuhan, syiah Duruz, syiah Isma’iliyah di Pakistan, Aghakhaniyah di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia (dalam kelompok kecil).
Ini adalah tiga kecenderungan syiah, cuma yang majoritinya adalah kelompok yang kedua.
Cara mengenali mereka
Syiah boleh dikenali melalui modus operandi atau cara mereka menarik kita.
Langkah Pertama: Mereka memulakan dengan memuji ahlul bait (ahli keluarga Nabi). Mereka akan kerap bercerita tentang kebaikan dan kemuliaan kaum keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, dan lain-lain. Mereka menyeru untuk fokus dan bercakap tentang ahli keluarga Nabi sahaja, mengapa perlu bercakap tentang yang lain, kerana Nabi sangat mencintai kaum keluarganya. Oleh itu menurut mereka, memadai mengambil kebaikan daripada kaum keluarga Nabi.
Mereka membawa dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis akan kelebihan-kelebihan kaum keluarga Nabi. Kita perlu ingat bahawa Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah orang yang paling cinta kepada Ahlul Bait. Paling cinta bererti mencintai sesuatu sesuai dengan tahap dan statusnya. Ini adalah ciri wasathiyah (kesederhanaan) yakni tidak berlebihan dan tidak berkurangan.
Kita perlu sayang dan kasih kepada Ahlul Bait. Tetapi kalau pada hari ini ada di kalangan yang mengaku keturunan Nabi tetapi melakukan maksiat, kejahatan dan kesalahan, maka kesalahannya tidak boleh dibiarkan. Kata Nabi SAW,
لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها
Maksudnya: “Kalau Fathimah bintu Muhammad mencuri aku akan potong tangannya.”
Sayang ada hadnya. Adapun syiah menyayangi ahlul bait dengan menganggap mereka bebas dosa, kerana syiah bertujuan hendak pergi ke peringkat kedua iaitu menceritakan kepada kita tentang imam-imam mereka dan seterusnya memaksumkan mereka.
Langkah kedua: Mereka mempopularkan imam-imam mereka; Khomeini. Antara slogan mereka, Saya tidak bercakap tentang akidah Khomeini, saya bercakap tentang revolusi yang dibawanya yang perlu kita contohi, perjuangan Hasan Nasrullah, Hizbullah. Hasan Nasrallah pejuang Islam, penentang Israel.
Mereka bertujuan membangkitkan semangat. Berapa kali syiah menyerang Amerika? Berapa kali mereka berperang dengan Israel sampai hancur. Sedang Amerika mencari Anwar Al Aulaki, menghantar kapal terbang automatik tiada orang, menembak menggunakan satelit, mencari Osama bin Laden sampai jumpa, mencari Saddam Hussein sampai jumpa, mencari Muammar Ghaddhafi sehingga dijumpai, sedangkan Muammar Ghaddafi itu berbillion kekayaannya, membina tempat keselamatannya dengan kekayaannya tetapi Amerika boleh cari juga.
Kenapa negara syiah seperti Iran, Lubnan dengan Amerika tidak berperang lagi sampai ke hari ini? Tiba-tiba menghantar peluru terkena dekat Palestin, tidak sengaja kononnya. Mereka ada agenda mereka, inilah dia taqiyyah Syiah.
Sebab itu ulama apabila membahaskan hadis Nabi yang menceritakan tentang Dajjal di akhir zaman, yang akan menjadi tentera Dajjal adalah 70 ribu orang daripada Asfahan, di Parsi. Ulama terdahulu sudah mengulas kemungkinan besar mereka ini adalah syiah rafidhah Imam 12.
Syiah sering bercerita tentang imam mereka, memuji Khomeini sebagai penulis buku hebat dan pelbagai pujian lagi. Bayangkan orang seperti P. Kalimuthu, kemungkinanlah dia pernah membantu orang kampungnya, kemudian orang memuji-muji P. Kalimuthu seorang yang baik, telah membantu ramai orang miskin. Adakah boleh diterima cerita seperti itu? Tidak boleh kerana orang tahu dia jahat, melakukan banyak pembunuhan, jenayah dan sebagainya. Begitu juga Khomeini, dia menulis dalam bukunya sendiri cercaannya ke atas sahabat Nabi SAW.
Andaikan saya mencerca dan mengkafirkan bapa kepada salah seorang kalian, adakah kalian mahu mendengar ceramah saya? Jadi bagaimana kita boleh memuji memuja dan mengangkat nama-nama orang yang mengkafirkan sahabat Nabi?
Abu Bakar RA adalah sahabat Nabi yang menemani baginda di dalam gua, orang yang dilantik oleh Nabi sebagai imam sewaktu Nabi pergi keluar ke mana-mana, yang Nabi kasih dan Nabi sayang, yang mana ketika semua orang tidak percaya kepada Nabi SAW, beliau menyatakan kepercayaannya kepada Nabi tanpa berbelah bahagi sehingga digelar sebagai As-Shiddiq.
Bagaimana kita boleh mendiamkan diri dengan orang yang mengkafirkan Umar Al Khatthab RA dan mengatakan perselisihan ini kecil. Anak Umar, Abdullah ibn Umar RA merupakan antara yang paling banyak meriwayatkan hadis. Umar yang tegas, pantang orang cuit sedikit sahaja beliau akan mengeluarkan pedang demi Islam. Bahkan Nabi SAW menyebut di dalam hadis bahawa syaitan tidak berani lalu tempat yang dilalui oleh Umar (lihat Sunan Tirmidzi).
Utsman RA yang Nabi memujinya seperti dalam riwayat Imam Ahmad “Tidakkah kamu malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya?” tiba-tiba kita boleh mendiamkan diri terhadap orang yang mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi ini.
Aisyah RA wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis, lantas dikafirkan oleh syiah. Apabila beliau dikafirkan bererti semua hadis yang diriwayatkannya tidak boleh diguna pakai.
Abu Hurairah sahabat Nabi yang paling banyak menghafal hadis pun turut dikafirkan, maka hadis Abu Hurairah tidak boleh diterima.
Jadi apa tinggal dengan agama kita? Mereka meragukan sumber agama kita, begitulah cara mereka merosakkan Islam. Mereka mengambil kitab mereka dan memuliakan imam mereka. Oleh itu berhati-hatilah dengan orang yang mengangkat nama Khomeini, mengangkat negara Iran.
Menyebarkan syiah melalui perkahwinan
Orang Iran cantik-cantik parasnya. Antara modus operandi mereka juga adalah melalui wanita dan lelaki Iran, seks dan perkahwinan. Mereka hantar lelaki-lelaki Iran belajar di negara kita, hidung mancung bak seludang, janggut elok, rambut cantik, setakat Sami Yusuf dan Maher Zain tidak ada apa. Siapa tidak bangga kalau dapat menantu paling handsome di kampung. Tetapi padahal mereka membawa ideologi syiah.
Di sebelah Afrika mereka menghantar perempuan-perempuan Parsi. Perempuan Parsi ini cantik, Allah berikan keindahan dan kecantikan kepada mereka sebagaimana kata Umar ketika Umar menghantar seorang lelaki di zamannya ke sana, di mana lelaki tersebut sangat kacak sampai semua orang lelaki dan perempuan terpegun melihatnya. Kemudian Umar menyuruhnya mencukur rambutnya, apabila dicukur semua rambutnya bertambah kacak, kemudian Umar menyuruhnya berhijrah ke negeri di belakang 2 sungai (Tigris dan Furat) iaitu Parsi kerana orang Parsi semuanya cantik-cantik belaka.
Itu sedikit sebanya cara mereka menyebarkan syiah. Yang paling jelas adalah mereka banyak mempopularkan ilmuan-ilmuan mereka seperti Khomeini, Hasan Nasrallah, dan sikit-sikit akan merujuk kepada Iran, mengangkat Iran sebagai negara Islam. Sedangkan negara Islam diiktiraf berdasarkan nama atau akidah?
Hal ini bukan hal yang kecil, hal ini serius. Dulu ada usaha tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, antaranya nama-nama seperti Mustafa as-Siba’i, beliau antara tokoh terawal yang hendak taqrib (mendekatkan) Ahlus sunnah dengan Syiah. Beliau pergi duduk di Lubnan untuk beberapa tempoh, akhirnya mengaku usaha taqrib ini tidak boleh diteruskan kerana sumber agama syiah dan ahlus sunnah berlainan.
Syiah memiliki kitab hadis mereka sendiri, ahlus sunnah ada hadis kita sendiri. Syiah mengkafirkan sahabat Nabi, sedangkan kita membawa hadis dari para sahabat yang mereka kafirkan. Al Quran mereka mengandungi 17 ribu ayat, Al-Quran kita didakwa tidak cukup, ada surah-surah tertinggal. Hal ini disebut dalam kitab-kitab hadis mereka; Usulul Kaafi al-Kulaini. Al-Quran kita mengandungi 6236 ayat sedangkan Al-Quran mereka 17,000 ayat bererti Al Quran kita baru suku daripada Al Quran mereka.
Wallahu-A’lam.

Sunday, July 21, 2013

anak-anak zaman sekarang.

sebelum nak mula pape aku nak gtaw yg nie pendapat aku jeh..
lain orang lain pandangan die..
sape perasan budak-budak zaman sekarang nie terlalu di manjakan??
nak diceritakan nye td ade iftar di kampung belah ayah aku di puchong.
n tyme nak menunggu berbuka byk la isu2 yg timbul di kalangan pakcik n makcik aku..
memandangkan semua berborak kat ruang tamu aku puwn pasang tlinga..
dorang cter pasal kawin madu n pasal education anak2..
aku xnak sentuh pasal kawin madu nie..nie gurauan pakcik2 aku jeh..
aku just nak sentuh pasai education yang timbul td..
ok rata-rata sepupu aku kebanyakan nya xpernah duduk asrama..
so nak dijadikan cerita adela pakcik aku nie 1st tyme anta anak die blaja universiti..
n uni yg die dpt plak kat tmpat aku blaja skrg iaitu UiTM Jengka..
die tnye la aku ape ade kat Jengka tuh..
then aku kate lah bandar die okeyh compare ngan dulu..
pahtu die buat muka..ok sabar jela aku..
then ade sorang lagi pkcik aku ckp kat situ ade cinema tak??..
common la uncle kau nak anta anak kau blaja ke nak anta anak kau bersuka ria..
nak p cinema balik KL laa..ari-ari kau nak tgk wayang puwn xpa..
tolong laa environment Jengka mmg environment blaja..
maybe kau latih anak kau xduduk susah kowt n maybe kau terlalu manjakan anak-anak kau..
sampai anak kau bleh ckp orang2 kat Jengka tuh village people...
lebih baik jadi village people dr lupa diri weyhh..
kalau kau nakk sangat anak kau jd lupa diri kau anta laa die college swasta..
kau tgk cmne anak kau jage diri..
aku bersyukur sebab parents aku anta kami semua adik bradik duk asrama dr form1 lg..
so ktorang dah biasa adapt dgn environment cmni..
so xde hal ktorang nak berdikari ble berjauhan..
Alhamdullilah aku dah lepas zaman p plkn kat Sarawak. amek Diploma kat Kelantan n now Degree kat Jengka..
so far aku xmati puwn dok kat tmpat-tmpat tuh..
kepada anak-anak bandar (aku anak bandar gak) korang kne jugak blaja susah sbb korang xsemestinya akan slalu brada di atas..
if korang blaja cmane idup susah korang xkan rse beban bila ditimpa kesusahan..
kadang-kadang rase nak tergelak jeh tgk ade lagi budak-budak yg mcm nie..
yang budget elit sangat..
aku xde nak kate aku hebat sangattt..english aku memang terkontang kanting lagi tp at least aku xde la nak
blagak..
aku taw asal usul aku..
maaf jika ade yang terasa..
Lastly bersyukur dengan apa yang kita ada..Jangan satu hari Allah tarik apa yg kita ada baru nak menyesal..

ok smile :) peace yaw :)


i had the greatest ibu and abah..
love them until jannah
<3 p="">

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan kembali lagi :)

alhamdullilah syukur..
tahun nie sekali lagi kita umat islam dapat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan.
smoga kita dapat manfaatkan sepenuhnya bulan ini dengan melakukan amalan yang mulia.
perbanyakkan zikir, bersedekah, menunaikan solat-solat sunat, dan sewaktu dengannya.
jangan hanya menahan nafsu makan semata2.
pada bulan ini la kita boleh tingkatkan lagi pahala kita.
dan pada bulan ini lah masa untuk kita berubah.
bukan bermaksud pada bulan2 lain xboleh berubah tp pd bulan ini lah kita berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baek. insyaALLAH..
semoga amalan yang kita lakukan kali ini diterima oleh ALLAH S.W.T

di kesempatan ini jugak aku ingin memohon maaf andai ade yang terluka atau terasa hati dengan aku.
semoga dapat dimaafkan. dan SELAMAT BERPUASA semua :)

"sia sia lah puasa seseorang itu jika dia hanya menahan lapar dan dahaga"
jadi marilah banyakkan amalan kita pada bulan ini..



Saturday, July 6, 2013

Nickname!

aku diberi nama dengan nama yang indah iaitu NOR RAIHAN BINTI NOR AZMAN..
tp setelah melalui peredaran masa..
makin lama macam-macam nama aku dapat..
semuanya telah diubahsuai sehingga sikit puwn xsame dengan name sebenar..
kadang-kadang rase istimewa jugak bila byk sangat name nickname nie..
tp orang kate panggilan nama sebenar tu lagi indah lagi2 maksud nye dah terang dan nyata kalau nak banding dgn nickname..
bermula dengan pangilan YAYAN atau YAN yang diberi oleh kedua ibubapa ku..
then bila umur meningkat 4tahun aku dihantar ke nurseri dan disitu aku dapat lagi nickname baru iaitu OLAN..
aku xbrapa ingat sejarah nama olan tuh tp tu la panggilan aku dpt tyme duk nurseri tuh..
then masuk skola rendah dan menengah xde panggilan baru..
cume aku sendiri suke bahasakan diri aku REHAN dan semua kawan2 skolah panggil dengan panggilan tuh..
masuk universiti pulak ade lagi name tambahan iaitu REHE dan juga RE'AN..
panggilan rehe tuh adalah disebabkan aku blaja diploma di kelantan jadi mereka memangil aku dengan panggilan tuh..
terutama orang kelantan laaa..
dan nama re'an pulak diberi oleh mbr satu badge aku sbb kawan die ade nama same ngan aku so die xnak konpius kowt die panggil aku dengan panggilan re'an..
kesemua nama2 nie masih lagi digunakan oleh keluarga aku,saudara mara,tok nenek dan kawan-kawan aku..
apa-apa puwn panggilan yang mereka panggil ia tetap nama aku..


tahun 1990-2013 :)